Saturday, July 3, 2010

Masihkah kau ingat..

Hari sabtu.. Betapa aku terasa aku nak buat kebajikan hari ni. Awal pagi keluar gi pejabat, selak ape yang patut. Lepas tu gi jenguk orang yang dikurung oleh undang-undang. Dengan langkah yang gemalai aku sambung perjalanan ke kedai makan di Bandar Baru. Hai.. Tak lama lagi tak dapat aku rasa sup yang paling sedap yang penah aku rasa kat Shazea Cafe.. Aku minum nescafe ais, makan mee hoon goreng dan dengan pantas aku order mee goreng dan ayam goreng bungkus disertakan dengan teh o ais. Makanan tadi bukan untuk aku makan, tapi untuk orang salah khas yang masih berada dalam jagaan aku. Aku bawak gi pejabat, belanja dia makan.. Betapa gembira hati dia bila dapat makan mee goreng, makanan yang memang takkan dapat dirasai bila berada dalam lokap. Kesian pun ada tengok dia.. Tapi apakan daya, dia perlu menjelaskan hutangnya dengan kerajaan. Semoga apa yang hajatkan, tercapai..

Lepas penat berceloteh panjang dengan mamat tu, aku pon balik ler ke rumah. Kemas rumah la plak.. Maklum la, dah nak pindah.. Aku bukak almari dan cari apa yang patut dimasukkan dalam kotak. Kemudian aku terjumpa beberapa kad yang diberi pada aku. Aku buka dan baca dengan perlahan.. Herm.. Kad yang penuh kenangan.. Betapa hati ni rasa sebak yang teramat sangat..

DEAR MR. TUNANG,

waktu sekarang mungkin awak sudah dalam bas ataupun sudah sampai di K/lipis. weekend kali ini mungkin biasa saja tapi penuh dengan warna. yelah memula kita hepi then gadoh then hepi balik. BITTERSWEET heee.. tak sangka dalam kad pon saya bole lagi membebel.. huhu...

ekceli, saya nak say tenkiu banyak2 sgt. sebab hari nih awak belikan saya baju dan sandal baru untuk saya sempena start kije besok. tenkiu yer!! really love it!! ♥

jap lagi saya nak hantar awak naik bas. sedihnyer. sekali lagi akan berjauhan... bila la plak kite akan jumpe kan?? tiap kali terpisah dengan awak mesti saya akan nangis. i'm gonna mis u much much!! saye sentiasa berdoa suatu hari kita takkan berjauhan macam nih lagi, kan??

saye suka awak bawak saya pergi k/lipis. nanti saya ade basikal.. saya nak temankan awak cycling.. hee tapi takmo laju yer..

PESANAN UNTUK MR. TUNANG

→ solat 5 waktu
→ sembahyang jumaat
→ makan kena teratur nati awak akan sakit
→ kurangkan isap rokok yer..
→ luangkan masa untuk menjadi tunang saye ♥
→ tido secukupnya
→ rehat tu perlu & penting
→ jangan gatal2 walau dimana & apa jua yang berlaku samada dunia realiti, internet, talipon dan juga mimpi serta khayalan.
→ semua diatas harus ingat ↓

I ♥ papa

from ur tunang miss nurfahida ♥

Sebahagian dari petikan dalam kad tersebut.. Termenung aku sekejap menatap kad tu.. Sekali lagi rasa sebak.. Kenapa?

No comments:

Post a Comment