Saturday, July 17, 2010

Tempat Baru

Pada 16 Julai 2010 aku melaporkan diri di IPD Bera dan untuk secara rasminya aku menjadi warga Bera. Dan bersamaan dengan tarikh tu, genap dua tahun aku menceburkan diri dalam bidang penguatkuasaan undang-undang..

Tapi, betapa aku rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan Bandar Kuala Lipis, kawan-kawan dan kenangan kerana tuntutan tugas.. Huwargh!!!! Betapa aku rindu, dan sedih!!! Terpaksa la, nak buat macam mana, arahan tetap arahan, kena patuh.. Takpe, aku masih dalam proses pembelajaran dan mula rasa seronok sebab kat sini sebok sket.

Kawasan pon boleh tahan luas, so aku masih perlu belajar mengenali kawasan dan orang-orang kat sini. Tapi yang tak tahannyer sini banyak sket kerenah orang awam yang kenkadang bole menjerat diri. Atas nasihat pegawai dan orang-orang lama kat sini, aku sentiasa ingat. Bukan apa, aku cuma nak selamat jer dalam bidang aku ni. Takmo ade pape hal yang bole buat aku 'tersangkut'..

Ape pon, terima kasih Kuala Lipis, tempat aku mula bertatih dan belajar mengenali apa itu tanggungjawab aku pada masyarakat.. I miss u so much Kuala Lipis.. Mungkin satu hari nanti aku akan balik ke sana balik.. Insyaallah..

No comments:

Post a Comment