Tuesday, July 6, 2010

Cerita

Dari kawan kepada kawannya..

Sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang..

Kamu kena faham, cinta pertama kamu akan kekal bersama kamu sehingga akhir hayat kamu. Ianya ibarat gambar foto yang kamu ambil dan kamu simpan dalam album. Ia akan kekal disitu meskipun ada banyak lagi yang kamu ambil dan letakkan diatasnya.

Cinta adalah fitrah manusia. Tuhan menjadikan cinta untuk memberikan keseronokan kepada hamba - hambaNya, menjalani hidup mereka. Tapi tahukah kamu, lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta

Kenapa jadi begitu?
Jika kamu sedang bercinta sekarang ini, peliharalah hatinya dan rencahilah cintanya dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu itu kerana tuhan. Hanya cinta begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, dinasihatkan jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur, janganlah bercinta dahulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia, janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan ini akan hanya menghabiskan air mata dan membazirkan masa.

Setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu saja sebab dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu. Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu, apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan kamu dan keputusan kamu. Sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis...

p/s: ape la yang aku repekan ni..

1 comment: