Tuesday, June 29, 2010

Bosan

Apesal sejak akhir-akhir ni aku terasa amat bosan sekali.. Adakah sebab aku dah nak tinggalkan Lipis ni ataupun aku dah bosan dengan hidup.. Huih.. Bahaya macam tu.. Aku macam dah tak percaya dengan apa yang aku buat sekarang.. Pernah gak terpikir untuk berhenti buat apa yang aku buat sekarang. Tapi nak makan ape nanti.. Ape pon, aku tekadkan hati jugak untuk berjuang dalam hidup.. HooooOOreeeEyYY!!!!

Monday, June 28, 2010

Masam, masin, manis, kelat..

Takde sape tau ape yang aku rasa sekarang ni. Yang orang tau nak salahkan aku je. Ingat aku ni kayu atau batu. Sedap-sedap nak cakap itu ini. Biasa la. Bila dah jadi macam-macam, ada je benda yang tak sedap dipandang mata..

Sunday, June 27, 2010

Inilah Cinta


Terpegun ku melihat kamu

Bergetar hatiku memandang mu

Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata
Oh resah hati gelisah

Ku takut tak diterima

Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Mungkin inikah yang dinamakan cinta

Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria

Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia
Oh resah hati gelisah

Ku takut tak diterima

Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Sungguh susahnya aku mendekati mu

Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku

Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta

Inilah cinta kita

Akhirnya kini menjadi bahagia
Inilah cintaku

Inilah sayangku

Inilah cinta


Herm... Entah ler, tak tau nak cakap macam mana..
p/s: sekali sekala jiwang, apa salahnyer. aku manusia normal..

Masalah?

Apa yang dimaksudkan dengan masalah? Nak cakap banyak pun aku takde kamus nak dirujuk. Jadi aku cerita pasal masalah aku je ler. Sejak akhir-akhir ni, perasaan dan emosi aku tak stabil sedikit, dengan masalah peribadi, masalah anak buah, dan yang masalah penyakit terbaru yang aku dapat. Memang serabut sangat-sangat. Nak duduk tak senang, berdiri lagi la. Nak buat keje pon rasa tak best. Kan best kalu jadi budak kecik jer selamanya, tak payah membesar dan tak perlu memikir masalah yang akan datang. Tapi tak adil la untuk mak bapak yang membesarkan kita.

Mak aku pernah pesan, tak semua masalah yang kita ada takde penyelesaian. Yang penting, macam mana kita hadapi masalah tu dan macam mana kita selesaikan masalah. Jadi jangan cepat berputus asa. Rindu plak aku kat mak aku. Insyaallah, semuanya akan berakhir juga, tapi tak seperti yang diharapkan ler. Sebab dah tau penghujung dia nanti macam mana. jadi aku pasrah, redha dengan ketentuan Ilahi. Semoga aku tabah menghadapinya seorang diri.. Herm.. Seorang diri nampaknyer..

Hari Ahad

Hari ahad datang lagi. Memang agak boring aku berada di Bandar Lipis pada hari minggu sebab kedai memang banyak tutup. Aku tak kemana-mana, jadi aku duduk saja dirumah menonton tv. Padahal kerja banyak lagi di opis. Pening, serabut dan bermacam lagi bermain di benak fikiran.. Apa patut aku buat? Slow2 aku cari lorong kecil untuk melarikan diri dari bebanan yang berselirat. Cuba lupakan apa yang berlaku dengan memetik gitar.. Tapi itu semua untuk seketika jer.. Letak je gitar, datang balik dalam benak fikiran.. Hape yang aku melalut ni pon aku tak tau ler.. Tapi sekarang ada la sikit perubahan yang ada dalam diri aku ni.. Yang dulu jarang-jarang aku buat, tapi sekarang dah selalu aku buat.. Biasa ler, manusia bila datang penyakit alpa, kawajipan tu sentiasa diambil mudah dan dilupakan.. Adakah itu yang sepatutnya berlaku jika kita ni ingat bahawa kita ni hamba Allah.. Pape pon, aku akan tenang selepas tu..

Sedang duduk bersahaja didepan tv, ada pulak sms yang masuk, mengamit hati aku.. datang balik rasa marah yang dah lama tadak, tapi kini membuak-buak.. Apa lagi nak jadi lepas ni.. Tapi takpe, sebahagian dari tuntutan hidup. Jadi aku pasrah, dengan perlahan aku tekan butang huruf di talipon dan menjawab dengan penuh emosi.. Hahahahaha.. Psiko tol aku nieh..

Friday, June 25, 2010

Sepetang di highway..



23.06.2010 jam lebih kurang 1815 hrs, hari malang.. dengan berpakaian uniform penuh, dalam perjalanan balik dari Jabatan Kimia dalam memenuhi tuntutan tugas, cuaca selepas hujan, tak disangka-sangka hilang kawalan.. sampai sekarang hati serabut dan kusut mengenangkan apa yang bakal terjadi.. Aku berserah padaMu.. Redha dengan ketentuan dari Mu..

p/s: berhati-hati di jalanraya..