Sunday, June 27, 2010

Hari Ahad

Hari ahad datang lagi. Memang agak boring aku berada di Bandar Lipis pada hari minggu sebab kedai memang banyak tutup. Aku tak kemana-mana, jadi aku duduk saja dirumah menonton tv. Padahal kerja banyak lagi di opis. Pening, serabut dan bermacam lagi bermain di benak fikiran.. Apa patut aku buat? Slow2 aku cari lorong kecil untuk melarikan diri dari bebanan yang berselirat. Cuba lupakan apa yang berlaku dengan memetik gitar.. Tapi itu semua untuk seketika jer.. Letak je gitar, datang balik dalam benak fikiran.. Hape yang aku melalut ni pon aku tak tau ler.. Tapi sekarang ada la sikit perubahan yang ada dalam diri aku ni.. Yang dulu jarang-jarang aku buat, tapi sekarang dah selalu aku buat.. Biasa ler, manusia bila datang penyakit alpa, kawajipan tu sentiasa diambil mudah dan dilupakan.. Adakah itu yang sepatutnya berlaku jika kita ni ingat bahawa kita ni hamba Allah.. Pape pon, aku akan tenang selepas tu..

Sedang duduk bersahaja didepan tv, ada pulak sms yang masuk, mengamit hati aku.. datang balik rasa marah yang dah lama tadak, tapi kini membuak-buak.. Apa lagi nak jadi lepas ni.. Tapi takpe, sebahagian dari tuntutan hidup. Jadi aku pasrah, dengan perlahan aku tekan butang huruf di talipon dan menjawab dengan penuh emosi.. Hahahahaha.. Psiko tol aku nieh..

No comments:

Post a Comment